Sebuah rumah tangga akan menjadi lebih sempurna apabila dikaruniakan rezeki yang tidak putus-putus. Apalagi jika suami isteri istiqomah melaksanakan perintah Allah SWT maka berlimpahlah rezeki yang datang.
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan mudah dan melimpah ruah, pastikan kita dan pasangan mengikuti amalan ini.
- Ikhlaskan niat menikah karena Allah SWT.
Menikah merupakan salah satu pintu rezeki karena ia mampu menyatukan hati dua insan dalam satu tujuan yaitu mendapat keridhoan Allah SWT. Jika ingin rumah tangga anda terus mengalirkan rezeki yang luas, ikhlaskan niat anda dan pasangan berumah tangga kerana Allah SWT.
- Senantiasa menggembirakan pasangan.
Penghambat utama rezeki dalam rumah tangga bergantung kepada suami dan isteri itu sendiri. Sentiasalah bermesra dan menggembirakan pasangan agar hubungan yang terjalin bertambah bahagia serta saling hormat-menghormati dapat mengundang rezeki yang banyak dalam rumah tangga.
- Banyak bersedekah.
Amalan bersedekah tanpa mengharapkan balasan memang digalakkan dalam Islam kerana amalan terpuji ini mampu menambahkan rezeki. Apabila kita meringankan beban orang lain yang dalam kesusahan, maka Allah SWT akan menggandakan rezeki dan memberikan kesenangan dalam kehidupan harian kita.
- Berbakti dan mendoakan orang tua.
Berbuat baiklah dengan orang tua dan jangan sesekali durhaka kepada mereka dan jangan pelit kepada mereka.
Sabda Rasulullah SAW:
‘Siapa berbakti kepada ibu bapanya, maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.’ (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah SAW:
‘Apabila hamba itu meninggalkan doa untuk kedua orang tuanya, niscaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.’ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
- Memperbanyak keturunan.
Kehadiran anak merupakan nikmat bagi setiap pasangan yang telah menikah. Ini karena anak boleh diibaratkan sebagai tali pengikat yang dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri.
Firman Allah SWT:
‘Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.’ (QS. Al An’am, 6: 151)
- Jangan pelit kepada isteri.
Dalam rumah tangga tidak boleh ada sifat pelit kepada sesama pasangan. Jika mau menggandakan rezeki, suami janganlah pelit membelanjakan isteri. Niscaya apa yang dibelanjakan itu akan digantikan Allah dengan rezeki yang berlipat ganda.
- Gunakan bahasa lembut dan panggilan manja.
Percayalah dengan menggunakan bahasa yang lembut dan mesra apabila berkomunikasi dengan pasangan mampu membuat rezeki terus mengalir. Tentu saja pasangan akan merasa lebih tenang dan bahagia jika dipanggil dengan panggilan manja ataupun menggunakan bahasa lembut sekaligus membuatkan ikatan suami isteri bertambah erat.
- Tenangkan hati isteri ketika resah.
Seorang suami yang baik pasti mampu memahami sisi emosi seorang isteri apabila isteri dilanda masalah. Ini kerana isteri yang jiwanya senantiasa tenang akan memancarkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap suami.
- Cium dan peluk isteri sebelum keluar rumah.
Apabila keluar rumah, cium dan peluklah isteri sebagai tanda suami menghargainya sebagai seseorang teristimewa. Amalan ini akan memberikan aura positif bukan saja dalam diri seorang isteri sepanjang hari tetapi juga memberi semangat untuk suami mencari nafkah yang lebih banyak buat keluarganya.
- Salam dan cium tangan suami sebelum keluar rumah.
Begitu juga buat isteri, tingkatkan rezeki dalam rumah tangga anda dengan bersalaman dan mencium tangan suami sebelum suami keluar rumah. Amalan ini menunjukkan anda merasa nyaman dan menghargai suami yang bersiap mencari sumber rezeki untuk anda dan anak-anak.
- Bersenda gurau sebelum tidur.
Hubungan suami isteri akan bertambah erat dan penuh warna-warni apabila adanya senda gurau dalam rumah tangga. Sebelum tidur, luangkan waktu untuk bersenda gurau dengan pasangan, mudah-mudahan rezeki anda berdua akan sentiasa dilimpahkan.
Tentunya masih banyak tips-tips untuk membuka rezeki suami isteri yang membuat keluarga bahagia. Mari kita laksanakan yang wajib dan tambahkan yang sunnah.
Semoga bermanfaat.